Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, February 28, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita kami untuk mewujudkan sebuah blog sebagai salah satu entri yang akan memberi perkongsian ilmu dan pengalaman kami sebagai pelajar kepada subjek Pembiakan dan Pengurusan Tanaman. Kewujudan blog ini juga adalah untuk menyenangkan para pengunjung sekiranya mereka mencari maklumat-maklumat serta bahan rujukan secara santai.

Blog ini akan digerakkan oleh tiga individu secara berkumpulan iaitu Afifah, Ain Shahirah dan Syafiqah. Kami merupakan pelajar-pelajar daripada Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Universiti Teknologi Malaysia. Entri yang kami siarkan ini juga adalah satu tugasan khas yang di amanahkan oleh pensyarah kami iaitu Dr. Nur Husna sebagai satu tugasan pembelajaran di dalam kelas. Perkongsian dan pengalaman kami akan disampaikan dengan lebih santai dan ringkas untuk tatapan semua.

Perkenalkan ahli kumpulan kami:




Memasuki ladang minggu pertama, kami berasa begitu teruja setelah melihat kawasan ladang UTM yang begitu indah dan bersih. Tasik yang berada di tepi ladang menambahkan lagi ketenangan kawasan itu. Kawasan ladang tersebut diuruskan oleh 3 orang pengurus yang amat baik iaitu Puan Salina, En. Abang dan En. Faridz. Mereka menyambut kedatangan kami dengan ramah mesra. Semasa sesi perkenalan yang berlangsung, kami turut diterangkan tentang beberapa peraturan dan etika semas berada di ladang. Kira-kira kurang setengah jam, kami diarahkan oleh Dr Husna untuk membuat batas dengan menggunakan cangkul sebagai permulaan untuk proses bercucuk tanam. Batas tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada bendasing dan rumpai. Bagi memudahkan kerja, tanah tersebut perlu disiram terlebih dahulu. Setelah itu, kami diminta untuk menaburkan baja CIRP (Cristal Island Rock Phosphate) bagi tujuan penggalakan akar dan baja NPK (Nitrogen Phosphorus Kalium)  untuk menyerap nutrien-nutrien lain di dalam tanah dan udara untuk tumbesaran.


                  
sebelum


selepas


Setengah jam terakhir sebelum tamat sesi pembelajaran, kami diminta untuk menyemai biji tomato menggunakan CocoPeat iaitu diperbuat daripada sabut kelapa di dalam bekas semaian untuk tujuan pameran STEAM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Biji tomato ini terlalu senang untuk diuruskan. Ia tidak memerlukan tahap perhatian yang terlalu tinggi, cuma perlu memastikan ianya tidak kering.



Aktiviti menanam biji tomato menggunakan CocoPeat


Itu sahaja catatan blog kami untuk minggu ini. Nantikan perkongsian seterusnya dari kami. 











Titik Peluh Peladang

MINGGU 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog kami. Sedikit perkongsian ilmu mengenai tanaman yang telah kami pelajari untuk hari ini.

Minggu ke-2 di ladang, kami berasa sangat teruja dan gembira kerana kami didedahkan dengan satu mesin yang diberi nama ‘mini tractor’.

‘Mini tractor’ (Mesin Bajak Mini)
- Sejenis mesin yang bersaiz kecil yang digerakkan oleh sebuah enjin
- Boleh digunakan untuk pengolahan ladang kering, ladang basah dan juga sawah dangkal mengikut jenis implemen yang sesuai dengan situasi.
- Fungsi ‘mini tractor’ adalah untuk melakukan operasi atau kerja ladang melalui penggunaan pelbagai jenis implemen yang dipasang kepadanya.

Contohnya: Kami menggunakan ‘mini tractor’ dengan menggunakan implemen rotari untuk tujuan menggemburkan tanah kering bagi tugasan perladangan kali ini.


Menggemburkan tanah menggunakan 'mini tractor'


Jenis-jenis Implemen

Rotari: cakar baja untuk mengolah ladang kering
Paddy wheel: roda untuk berjalan di ladang basah atau sawah dangkal
Ditching blade: aksesori serbaguna untuk membentuk saluran air pada ladang


*Tujuan menggembur tanah adalah untuk memudahkan akar masuk ke dalam tanah dan memudahkan tanaman menyerap unsur hara.

*Unsur hara – Nutrien atau makanan yang diperlukan oleh tanaman untuk membentuk jaringan dan pertumbuhan.

P/s: Penggemburan yang terbaik amatlah dititkberatkan dalam proses penanaman supaya akar anak pokok lebih mudah untuk tumbuh dan bagi menghasilkan pokok yang baik.





Cara-cara menggunakan ‘Mini Tractor’
  1.  Menghidupkan butang minyak.
  2. Butang choke/run ditarik ke arah choke.
  3. Menghidupkan enjin dengan menarik starter secara sekuat hati.
  4. Menukar choke kepada run
  5. Menggerakkan traktor menggunakan alat kemudi.(Bahagian atas untuk gerak ke hadapan, bahagian bawah untuk bergerak ke belakang)
  6. Menukarkan butang minyak kepada empty setelah selesai menggembur.

Aspek-aspek keselamatan ketika menggunakan ‘mini tractor’
  • Pakaian haruslah kemas dan teratur
  • Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat dan terlalu longgar
  • Mengikut setiap arahan daripada pengajar
  • Sentiasa fokus ketika mengendalikan 'mini tractor'


Itu sahaja sedikit perkongsian mengenai pengolahan tanah melalui ‘mini tractor’ yang kami pelajari untuk hari ini sehingga terhasilnya batas-batas untuk membuat semaian pada minggu yang akan datang.

Gambar di bawah adalah gambar proses penggemburan menggunakan 'mini tractor':






Pada masa yang sama, kami juga diarahkan untuk membersihkan rumah hijau bagi tujuan tanaman berkonsepkan fertigasi. Nantikan perkongsian dari kami untuk blog yang akan datang. Sebelum itu, kita lihat dulu apa itu rumah hijau dan adakah ia berkepentingan kepada manusia dan alam sekitar.





Pembersihan sekitar kawasan rumah hijau

Apa itu rumah hijau?
Rumah hijau adalah struktur yang membolehkan penanaman hasil pertanian segar (seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bunga, dan lain-lain) dalam kualiti, kuantiti dan tempoh masa jika tidak mustahil untuk dicapai apabila memupuk di wilayah yang sama di tempat terbuka.


Kepentingan rumah hijau
  • Perlindungan fizikal daripada fenomena semula jadi, seperti angin, hujan, hujan batu, salji dan lain-lain
  • Perlindungan daripada kerosakan haiwan sama ada besar atau kecil
  •  Aplikasi yang cekap racun perosak dalam persekitaran yang tertutup
  •  Mengekalkan keadaan iklim daripada iklim luar untuk memperbaiki keadaan tumbuhan
  • Perlindungan daripada air hujan dan mengawal sistem pengairan

Pada fasa kedua pembelajaran, kami diajar bagaimana untuk membuat semaian mengikut nisbah-nisbah yang telah ditetapkan bagi tujuan program STEAM yang akan berlangsung pada hari Ahad akan datang.

Apa yang perlu anda tahu sebelum memulakan aktiviti tanaman? Pertama sekali kita mestilah mengenalpasti dan tahu medium yang sesuai untuk menanam dan juga berapa nisbah medium yang akan digunakan terlebih dahulu. Di sini, kami akan terangkan berapa nisbah semaian dan juga apa medium yang akan digunakan seperti yang kami pelajari.

Berapa nisbah medium semaian yang diperlukan?
  • Nisbah medium semaian yang biasa digunakan untuk aktiviti tanaman ialah 3:2:1
  • 3:2:1 (angka) merujuk kepada bilangan medium yang akan digunakan mengikut jenis-jenis medium
  • Jenis medium semaian terbahagi kepada tiga:
a)    Tanah Loam- tanah biasa yang mengandungi tanah liat
b)    Bahan organik- campuran najis haiwan yang reput dan kering
c)    Pasir Sungai- pasir dari sungai

Oleh itu, nisbah 3:2:1 merujuk kepada tiga bekas tanah, dua bekas bahan organik (tinja) dan satu bekas pasir sungai


Cara Menyediakan Medium Semaian
  1. Sediakan bahan untuk campuran medium yang terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan juga pasir sungai
  2. Tapis medium secara berasingan
  3. Sukat medium mengikut nisbah 3:2:1 menggunakan bekas 
  4. Longgokkan medium yang disukat
  5. Gaul medium sehingga rata
Mengapa perlu bahan organik dalam medium semaian?
  • Mengekalkan kelembapan medium
  • Membaiki struktur tanah dan saliran
  • Mengurangkan kepadatan tanah

Itu sahaja perkongsian kami untuk hari ini. Semoga ilmu yang kami kongsikan bermanfaat untuk anda semua. Nantikan slot seterusnya minggu depan. Jangan lupa teruskan membaca diari titik peluh peladang. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt.

*Bahan organik- Menggunakan tinja(najis) haiwan yang bukan pemakan daging (omnivore/karnivor)


Proses menyediakan medium campuran

P/s: Perlu menggunakan bekas yang sama saiz (nisbah medium semaian)
 

Blogger news

Blogroll

About