Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, March 28, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman blog kami. Pada minggu ini, kami ingin berkongsi sedikit pengalaman dan juga ilmu yang kami perolehi daripada sesi pengajaran pada kali ini. Oleh kerana anda telah mempelajari cara-cara menyemai biji benih pada entri kami pada minggu yang lalu, kami juga ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk menguruskan tanaman selepas kita selesai menyemai.

Sudah pasti anda tidak sabar untuk mengetahuinya bukan?

Pada entri yang lalu, kami telah menjelaskan bagaimana pengalaman kami ketika menyemai biji benih serta cara-cara untuk menyemai biji benih.  Alhamdulillah selepas seminggu kami membuka sungkupan, anak pokok bayam merah dan pak choi (kobis cina) sudah mula kelihatan.

Apa itu sungkupan?

Sungkupan diapalikasikan dengan meletakkan sesuatu benda (jaring, pelepah, daun kering) di atas permukaan batas secara menyeluruh.

Tujuan sungkupan ialah:

-Untuk mengawal pertumbuhan rumpai
-Mengurangkan hakisan tanah
-Mengelakkan biji benih dihanyutkan oleh air hujan
-Memelihara kelembapan tanah

Sedikit revision telah kami kongsikan daripada entri minggu ketiga supaya anda tidak lupa pengajaran kita sebelum ini dan dapat hubungkaitkan pengajaran minggu ketiga dan keempat dengan baik.

Jom kita tengok pengajaran minggu kali ini.

Bagaimana untuk menguruskan tanaman selepas membuang sungkupan?


  1. Merumpai (Membuang rumpai)

Rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan kerana ia akan bersaing dengan tanaman 
untuk mendapatkan cahaya matahari serta nutrien-nutrien yang lain.

Bagaimana kaedah untuk merumpai?


  • Mekanikal
Kaedah mekanikal adalah melibatkan penggunaan tenaga manusia dan alatan yang bersesuaian untuk mencangkul, mencabut rumpai, menebas dan sebagainya.

Alatan yang digunakan adalah: cangkul, weeder, sudip tangan

*Kami menggunakan kaedah mekanikal kerana kami hanya menggunakan kawasan yang kecil untuk bercucuk tanam

Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah dapat menjimatkan kos kerana menggunakan tenaga manusia dan alatan yang sedia ada.

Jika anda berhajat untuk membuka ladang yang luas untuk mengkomersilkan tanaman anda. Anda boleh menggunakan keadeh seperti di bawah untuk menguruskan tanaman anda:

  • Kaedah biologi
  1. Kaedah biologi adalah melibatkan penggunaan organisma seperti parasit, kulat dan juga bakteria.
  2. Kaedah biologi juga melibatkan haiwan seperti kambing, lembu dan biri-biri dengan cara melepaskan haiwan tersebut di kawasan terbuka yang dipenuhi rumpai yang ingin dimusnahkan.
  3. Kaedah ini menjimatkan kos, menjimatkan tenaga serta menjimatkan masa
  4. Kelemahan kaedah ini ialah kaedah ini mungkin dapat memusnahkan tanaman disebabkan oleh haiwan-haiwan tersebut.
2.       Kaedah meracun rumpai

·         Kaedah meracun rumpai terdiri daripada penggunaan bahan kimia.
·         Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan juga menjimatkan kos

Bagimana kaedah meracun?

Sebelum meracun
a)       Pastikan anda membaca label
b)      Pastikan mengambil racun mengikut kuantiti yang di cadangkan
c)       Pastikan alatan penyembur tidak bocor

Semasa meracun
a)Pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian
(sarung tangan, topeng muka, baju berlengan panjang)

b)Pastikan anda meracun kawasan yang mempunyai rumpai dan tidak terkenakepada tanaman yang ditanam supaya tanaman anda tidak melecur

Selepas merumpai, kita pelulah menyiram tanaman supaya tanah sentiasa lembap lalu memudahkan akar untuk mendapatkan air bagi tujuan pembesaran pokok.
  • Menyiram
       Penyiraman haruslah dilakukan setiap hari pada sebelah pagi dan petang.

Mengapa proses penyiraman perlu pada sebelah pagi dan petang?

·    Proses penyiraman tidak dilakukan pada waktu tengah hari adalah kerana tumbuhan akan rosak jika terkena air yang panas disebabkan oleh pancaran matahari. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk proses penyiraman adalah waktu pagi dan petang kerana matahari belum muncul ketika itu.


Selain itu, kami juga ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk memindahkan tanaman daripada bekas semaian ke dalam beg politena hitam atau putih.

Apakah kegunaan beg politena?
  • Beg politena adalah untuk pemindahan anak pokok dari bekas semaian atau bekas menanam sementara.
  • Beg politena terdiri daripada pelbagai saiz dan juga ketebalan
Antara kebaikan beg politena adalah:
  • Ringan
  • Harga yang murah
  • Terdapat banyak saiz

Antara keburukan beg politena:

  • Mudah koyak
  • Mudah tumbang
Mengapakah tanaman perlu dipindahkan?

Tanaman haruslah dipindahkan kerana ia perlu mendapatkan ruang yang lebih besar. Hal ini kerana, tanaman juga semakin membesar. Jika kita tidak memindahkan tanaman tersebut, akar tidak dapat untuk berkembang dan seterusnya akan membantutkan pertumbuhan anak pokok.

Proses pemindahan anak pokok
  • Sediakan beg politena yang secukupnya
  • Masukkan cocopeat/medium ke dalam beg politena
  • Ambil anak pokok dari bekas semaian tanpa memusnahkan akar
  • Masukkan anak pokok ke dalam cocopeat/medium dengan baik
  • Letakkan anak pokok yang telah dipindahkan di tempat yang sesuai



*Selepas tanaman membesar, tanaman yang dipindahkan ke dalam beg politena mestilah dipindahkan semula ke dalam bekas atau pasu yang lebih besar bergantung kepada jenis tanaman supaya tidak membantutkan pertumbuhan tanaman tersebut.

Pada entri kali ini juga, kami juga ini memberi perkongsian kepada anda tentang kaedah nutripot.

Apakah itu kaedah nutripot?

Kaedah nutripot adalah kaedah yang diperkenalkan untuk menanam tanaman dengan mudah untuk mengatasi masalah kekerapan penyiraman dan pembajaan dapat diselesaikan serentak.
Selain itu, kaedah ini juga membantu kita untuk menyiram tanaman tanpa terlebih air siraman

Apakah bahan yang diperlukan untuk menanam dengan kaedah nutripot?

  • Botol minyak masak/air mineral yang besar
  • Span
  • Baja A dan baja B
  • Cocopeat
  • Air
  • Pisau
  • Spray putih dan hitam
  • Biji benih
  • Pasir sungai
  • penutup botol
Bagaimana untuk menyediakan tanaman dengan menggunakan kaedah nutripot?
  1. Potong botol minyak masak/air mineral besar kepada dua
  2. Spray bahagian bawah botol dengan warna putih manakala bahagian atas dengan warna hitam
  3. Buat lubang pada bahagian atas botol antara 3-4 lubang
  4. Buat lubang kecil (overflow) pada bahagian bawah botol untuk memastikan air baja tidak berlebihan.
  5. Masukkan span di setiap lubang di bahagian atas botol
  6. Masukkan cocopeat ke dalam botol bahagian atas (tempat semaian biji benih)
  7. Masukkan separuh air ke dalam botol bahagian bawah botol lalu masukkan baja A (tiga penutup kecil botol) dan kacau sehingga rata
  8. Masukkan pula baja B (tiga penutup kecil botol) dan kacau sehingga rata
  9. Gabungkan bahagian atas dan bawah botol
  10. Buat semaian menggunakan 1:10 dengan menggunakan penutup botol
  11. Masa untuk semaian biji benih
  12. Siap





*Botol perlu di spray supaya tidak mengundang lumut pada botol tersebut.


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About