Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Monday, April 23, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 11


Pada minggu ini, kami diajar mengenai Pembiakan Aseksual menggunakan bahagian khas tumbuhan. Dalam pembiakan tampang, bahagian tumbuhan yang menjadi berkembar dan tumbuh menjadi tumbuhan baru biasanya berhampiran ibu bapa asal.  Marilah kita sama-sama mengenal pasti bahagian tumbuhan yang manakah dapat kita gunakan untuk pembiakan aseksual serta cara-caranya.


  1. Batang Rayap (Stolon):

Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. 
Contoh: Strawberi dan pegaga




2. Umbisi (Corms):


  Umbisi atau corms terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan  makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya.
      Contoh: Sengkuang cina dan keladi



3. Bebawang:


Kaedah bebawang sama seperti umbisi. Cuma perbezaan hanya terletak pada tempat penyimpanan makanan. Bebawang menyimpan makanan di sebalik kulitnya manakala umbisi menyimpan makanan pada batangnya.



4. Rizom:


Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun. 

Contoh: halia dan teratai. 



5. Ubisi:

Ubisi ialah batang bawah tanah atau akar dengan hujung yang bengkak. Bahagian yang bengkak itu mengandungi makanan simpanan. Pokok-pokok baru akan tumbuh di sekitar mata tunasnya.
Contoh: ubi kayu






PEMBIAKAN MENGUNAKAN PEMBAHAGIAN RUMPUN 
  • Ambil tanaman yang mempunyai rumpun seperti serai
  • Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun
  • Tanam rumpun yang telah di pecahkan ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun






Info tambahan:
1. Pastikan bahagian pokok yang dipotong (untuk ditanam) berserta tunas (jika ada)
2. Pemilihan jenis pasu:
    a. pasu tanah liat
        - pastikan direndam di dalam air sekurang-kurangnya 2 jam untuk kelembapan.
        - pasu yang telah divanishkan kurang ruang udara.
    b. beg plastik
         - berwarna gelap mudah menyerap haba tetapi tahan lebih lama 
         - berwarna cerah menolak haba tetapi kurang ketahanannya








0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About