Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Sunday, May 06, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bersua kembali pada entri kali ini. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sentiasa menunggu info dan juga maklumat-maklumat daripada blog kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang telah kami jalankan di ladang dan juga untuk mempelajari serba sedikit tentang tanaman hasil daripada pembelajaran kami semasa mengambil subjek ini.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda mengenai cara-cara membuat aktiviti pembiakan tanaman dengan menggunakan kaedah TUT.



🍂 Apa itu TUT ?🍂

Kaedah TUT merupakan satu teknik pembiakan tanaman di mana ia dilakukan dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yang masih mendapat makanan dan air daripada pokok induk.

Jom kita tengok apa pula kelebihan dan kekurangan teknik pembiakan menggunakan kaedah TUT.



🍂 Kelebihan Pembiakan Kaedah Tut 🍂

  • ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya        
  • tanaman baru lebih cepat matang


🍂 Kekurangan Pembiakan Kaedah Tut 🍂

  • tidak boleh dibiakkan dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk
  • memerlukan kemahiran membuat TUT
  • tanaman mudah tumbang kerana ketiadaan akar tunjang


🍂 Medium Pembiakan Tanaman secara Tut 🍂


  1. Nisbah medium untuk pembiakan tanaman secara tut ialah 1:1 (Tanah Loam : Bahan Organik)
  2. Medium digaul dengan rata dan dicampur sedikit air supaya mudah untuk dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada ranting atau dahan pokok yang hendak di tut.


🍂 Langkah-langkah Membuat Tut 🍂

  1. Pilih dahan pokok yang sihat dengan ukuran diameter sebesar 1 cm atau lebih kurang 1 cm 
  2. Buat kelaran pada keliling dahan
  3. Buang kulit diantara kelaran pada tahan tersebut
  4. Kikis lapisan kabium bagi mengelakkan kulit dahan tersebut bercantum kembali
  5. Sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran
  6. Bentukkan medium menjadi bebola 
  7. Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan pada bahagian kelaran 
  8. Kejapkan medium pada dahan
  9. Balutkan medium dengan menggunakan plastik lutsinar
  10. Ikat kedua-dua bahagian plastik lutsinar tersebut


Related image


🍂 Penjagaan dan Pengubahan Anak Pokok 🍂

  • Tut mula berakar setealh beberapa minggu bergantung kepada jenis tanaman 
  • Tut yang berjaya perlu diubah ke beg politena
  • Potong bahagian bawah tut untuk mengasingkan daripada pokok induk
  • Buang plastik lutsinar sebelum ditanam supaya akar dapat berkembang


Okay, kita beralih pula ke segmen seterusnya. Segmen ini membincangkan tentang haiwan perosak yang merosakkan tanaman kita. 

Antara makhluk perosak yang merosakkan tanaman di ladang ialah :


Siput 🐌

Image result for siput babi
Siput Babi



⮞Siput merupakan haiwan herbivor iaitu haiwan yang makan tumbuhan iaitu pada bahagian daun,  pucuk buah dan sebagainya.

⮞Sifatnya yang kuat makan tumbuhan menjadikan siput sebagai kategori haiwan perosak tumbuhan dalam sektor pertanian


Ulat Beluncas


Image result for ulat beluncas
Ulat Beluncas


⮞Larva ini akan memakan tumbuhan pada bahagian batang pokok, akar dan daun tumbuhan muda. Ulat ini turut menyerang tumbuhan dari bahagian bawah tanah dan boleh menyebabkan pokok menjadi layu dan mati.

Cara mengatasi :

1. Kimia: Cypermetrin

Lalat Buah
Lalat Buah Serang Cilibangi
Lalat Buah

Serangga ini tergolong dalam kumpulan serangga polifag atau mempunyai banyak parasit.
⮞Lalat ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu hanya menyerang di bahagian buah sahaja. Serangan tersebut dibuat oleh lalat buah betina yang menyuntik telurnya ke dalam buah yang diserang.
Telur yang disuntik tadi akan menetas dan memakan isi buah yang diserang.
⮞Buah cili yang telah dimakan akan mengeluarkan bintik bewarna hitam di pangkal buah dan lama kelamaan akan busuk dan berair. Akhirnya cili tersebut gugur.
⮞Pada waktu siang, larva tersebut boleh dilihat pada daun dan bunga pokok cili.
⮞Larva lalat buah boleh melentingkan badannya sehingga mampu melompat kemana-mana. Larva ini akan keluar daripada buah dan membuat sarang di dalam tanah.
Cara mengatasi : 
1. Perangkap: Methyl Euganol (Tidak disarankan kerana mengundang lebih banyak lalat buah)
2. Organik: Repellente 2

Afid
Image result for lady bug
Lady Bird
⮞Merupakan sejenis serangga yang dikenali sebagai kutu pokok dan merupakan serangga perosak yang memberi kesan negatif ke atas pokok.
⮞Kebiasaannya, afid akan menyerang daun, bunga dan pucuk. Antara kesan negatif yang dialami pada pokok ialah pertumbuhan pokok terbantut dan daun berkerinting.
Cara Mengatasi : 
  1. Semburan kawalan serangga samada organik mahupun kimia yang berjadual sangat penting bagi menghindar serangan serangga afid ini.
  2. Selain itu, kawalan biologi seperti kumbang kura-kura (lady bird) juga boleh mengawal populasi afid ini daripada berkembang.


Okay itu sahaja topik yang kita bincangkan pada minggu ini. Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami untuk terus menyediakan entri untuk tatapan semua. Semoga bertemu lagi pada entri yang akan datang.

Assalamualaikum 😍

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About