Hai dan assalamualaikum semua pengunjung blog kami. Okay, pada kali ini jom kita tengok dan belajar bagaimana untuk menghasilkan tanaman aseksual yang menggunakan struktur pada tumbuhan tersebut untuk membuat pembiakan.
Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu pembiakan aseksual? Jom kita tengok
Pembiakan aseksual atau vegetatif melibatkan pembahagian
secara mitosis
Untuk menghasilkan satu tumbuhan baru daripada bahagian
vegetatif pokok induk/dewasa, dengan hanya melibatkan satu induk sahaja.
Tumbuhan baru adalah serupa dengan tumbuhan induk dan mempunyai bahan genetik yang sama seperti induknya
Sekarang kita sudah tahu apa itu pembiakan aseksual. Jom kita tengok perbezaan antara pembiakan secara seksual dan aseksual
Pembiakan
seksual
|
Pembiakan
aseksual
|
Melibatkan gamet
jantan dan gamet betina
|
Tidak melibatkan
gamet jantan dan betina
|
Berlaku pada
tumbuhan dengan melibatkan proses pendebungaan
|
Berlaku pada
tumbuhan dan tidak melibatkan proses pendebungaan
|
Berlaku dengan
kadar dan tempoh masa yang lama
|
Berlaku dengan
kadar dan temph masa yang cepat
|
Hanya melibatkan
satu jenis pembiakan
|
Melibatkan pelbagai
kaedah pembiakan
|
- keratan batang
- rizom
- umbisi
- rumpun
- corms
- bebawang
Namun, apa yang kita hendak belajar hari ini ialah cara membiak tumbuhan menggunakan keratan batang. Kaedah-kaedah yang lain, kita akan belajar pada entri yang seterusnya.
Jom kita mulakan.
Pokok yang macam mana kita boleh biak melalui keratan batang?
Yang pertama sekali mestilah pokok itu mempunyai batang yang sesuai iaitu tidak terlalu lembut dan mudah patah. Biasanya pembiakan melalui keratan batang tertumpu kepada pokok-pokok hiasan seperti Bunga Kertas, Bunga Siatan, Pokok Puding dan sebagainya.
Untuk pembiakan melalui keratan batang, kita juga memerlukan medium dengan nisbah yang sama seperti tanaman yang lain iaitu 3:2:1 di mana 3 mewakili tanah loam, 2 mewakili bahan organik dan 1 mewakili pasir.
Selain itu, kita juga perlu tahu tentang jenis-jenis keratan. Jenis-jenis keratan batang seperti rajah di bawah..

Seterusnya, jom kita belajar pula cara penyediaan dan menyemai keratan batang.
Cara penyediaan
- Gunakan sekateur untuk mengerat keratan batang
- Pangkal keratan di potong secara menyerong untuk memudahkan pertumbuhan akar serta memudahkan penyemaian keratan batang
- Memilih dahan untuk tujuan pembiakan (batang mestilah matang, sihat dan tidak dijangkiti penyakit)
- Sediakan keratan batang yang panjang 10cm-15cm
- Celup hormon pengakaran pada keratan batang (menggalakkan pertumbuhan akar)
- Pastikan horomon pengakaran tidak terlalu banyak dan tebal
- Buat lubang sedalam 2cm
- Masukkan keratan batang ke dalam lubang secara condong dan padatkan medium
- Siram dan letak bekas semaian di tempat teduh untuk mengurang kesan cahaya matahari
hormon penggalak akar
hasil tanaman melalui keratan batang
Okay, sebagai info tambahan untuk hidroponik. Kami akan menerangkan serba sedikit tentang baja A dan baca B semasa membuat tanaman berasaskan hidroponik. Untuk penyediaan hidroponik, anda semua boleh rujuk pada entri yang sebelumnya.
Pembahagian Zat-zat Asas Hidroponik:
- Makroelemen (atau zat makro iaitu N, P & K untuk tumbesaran pokok) - Selalunya dibeli dalam beg atau bekas 50 lb. Ia dipanggil gred Hortikultur dan ianya perlulah dalam bentuk mudah larut. (Baja A)
- Mikroelemen - Ia hanya diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk yang sudah digaul mengikut nisbah bagi keperluan tanaman hidroponik atau boleh dibeli dalam komponen berasingan - Sekurang-kurangnya gred hortikultur dan mestilah dalam bentuk mudah larut. (Baja B)
cara penyediaan hidroponik
*pastikan bekas semaian hidroponik terkena air supaya medium semaian sentiasa lembap
Okay, itu sahaja perkongsian untuk entri kali ini. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum.





0 comments:
Post a Comment