Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, March 28, 2018

Titik Peluh Peladang


MINGGU 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Untuk entri kali ini, kami ingin berkongsi pengalaman manis kami pada minggu ke-7.

Aktiviti minggu ini ialah menuai hasil tanaman yang telah kami semai beberapa minggu yang lalu. Setelah selesai menuai, kami juga membungkus sayur tersebut untuk tujuan penjualan. Sayur yang ditanam merupakan sayur-sayuran organik iaitu sayur bebas dari bahan kimia. Kebiasaannya sayur organik merupakan sayur yang mahal dan sayurnya tidak membesar dengan gemuk.

Gambar-gambar dibawah ini merupakan aktiviti dan cara yang kami lakukan ketika menuai dan membungkus sayur-sayur tersebut.



Ini gambar semasa baru nk menuai hasil tanaman iaitu bayam dan pak choi.


Cara menuai yang betul adalah dengan menggunakan alatan tersebut.

Sayur yang telah dituai diletakkan di dalam bekas.


Menimbang sayur mengikut berat yang diperlukan


 meletakkan harga yang berpatutan


Membungkus sayur  yang telah ditimbang mengikut kretiviti dan  ianya juga merupakan salah satu cara pemasaran.


Sayur yang telah siap dibungkus dan sedia untuk dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Itu sahaja aktiviti yang kami lakukakan untuk minggu ini. Alhamdulillah semua hasil titik peluh kami habis dijual   dan mendapat permintaan orang ramai. Walaupun pada awalnya membuat batas, menyemai, menyiram dan merumpai memenatkan kami tetapi setelah melihat usaha kami membuahkan hasil, segala kepenatan yang dirasai  amat berbaloi. Bak kata pepatah “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. 



0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About