Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, February 28, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita kami untuk mewujudkan sebuah blog sebagai salah satu entri yang akan memberi perkongsian ilmu dan pengalaman kami sebagai pelajar kepada subjek Pembiakan dan Pengurusan Tanaman. Kewujudan blog ini juga adalah untuk menyenangkan para pengunjung sekiranya mereka mencari maklumat-maklumat serta bahan rujukan secara santai.

Blog ini akan digerakkan oleh tiga individu secara berkumpulan iaitu Afifah, Ain Shahirah dan Syafiqah. Kami merupakan pelajar-pelajar daripada Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Universiti Teknologi Malaysia. Entri yang kami siarkan ini juga adalah satu tugasan khas yang di amanahkan oleh pensyarah kami iaitu Dr. Nur Husna sebagai satu tugasan pembelajaran di dalam kelas. Perkongsian dan pengalaman kami akan disampaikan dengan lebih santai dan ringkas untuk tatapan semua.

Perkenalkan ahli kumpulan kami:




Memasuki ladang minggu pertama, kami berasa begitu teruja setelah melihat kawasan ladang UTM yang begitu indah dan bersih. Tasik yang berada di tepi ladang menambahkan lagi ketenangan kawasan itu. Kawasan ladang tersebut diuruskan oleh 3 orang pengurus yang amat baik iaitu Puan Salina, En. Abang dan En. Faridz. Mereka menyambut kedatangan kami dengan ramah mesra. Semasa sesi perkenalan yang berlangsung, kami turut diterangkan tentang beberapa peraturan dan etika semas berada di ladang. Kira-kira kurang setengah jam, kami diarahkan oleh Dr Husna untuk membuat batas dengan menggunakan cangkul sebagai permulaan untuk proses bercucuk tanam. Batas tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada bendasing dan rumpai. Bagi memudahkan kerja, tanah tersebut perlu disiram terlebih dahulu. Setelah itu, kami diminta untuk menaburkan baja CIRP (Cristal Island Rock Phosphate) bagi tujuan penggalakan akar dan baja NPK (Nitrogen Phosphorus Kalium)  untuk menyerap nutrien-nutrien lain di dalam tanah dan udara untuk tumbesaran.


                  
sebelum


selepas


Setengah jam terakhir sebelum tamat sesi pembelajaran, kami diminta untuk menyemai biji tomato menggunakan CocoPeat iaitu diperbuat daripada sabut kelapa di dalam bekas semaian untuk tujuan pameran STEAM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Biji tomato ini terlalu senang untuk diuruskan. Ia tidak memerlukan tahap perhatian yang terlalu tinggi, cuma perlu memastikan ianya tidak kering.



Aktiviti menanam biji tomato menggunakan CocoPeat


Itu sahaja catatan blog kami untuk minggu ini. Nantikan perkongsian seterusnya dari kami. 











0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About