Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Sunday, April 22, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 9

Haiii semua. Bertemu kembali kita dalam kisah Titik Peluh Peladang.

Masih ingat lagi tentang pokok yang kami tanam menggunakan sistem fetigasi? Sekembalinya kami ke ladang setelah seminggu bercuti, pokok-pokok tersebut telah pun membesar. Tugasan pertama kami ialah kami perlu merumpai dan mengalihkan pokok-pokok tomato yang berada di bahagian tengah rumah hijau ke bahagian tepi untuk dipasang penyokongnya. Pokok tomato merupakan tumbuhan menjalar, ia akan merayap di tanah sekiranya dibiarkan tanpa penyokong. Pelbagai alat boleh digunakan sebagai penyokong seperti kayu, dawai, tali dan sebagainya.




Pokok tomato ditanam dengan cara fetigasi



Pemasangan sistem sokongan menggunakan tali raffia

Beralih ke tugasan kedua pula. Seperti yang ditulis pada blog sebelum ini, tanaman pertama kami pada batas iaitu bayam dan sawi telah pun dituai. Kali ini kami diberi tugasan untuk menanam sayur kailan pula dek permintaan ramai. Seperti sebelumnya, proses penanaman pada batas dimulakan dengan aktiviti merumpai dan menggembur. Gemburan kali ini mungkin tak mengambil masa yang lama mungkin kerana tanahnya sudah lembut.



Batas yang ditinggalkan setelah seminggu bercuti




Merumpai dan menggembur



Selepas selesai menggembur, sesi menyemai baja diteruskan. Penyemain kali ini agak senang kerana kami tidak perlu membuat alur terlebih dahulu. Biji benih kalian hanya perlu ditaburkan di atas batas begitu sahaja.




Seperti yang kita ketahui, biji benih yang digunakan untuk membuat penyemaian terlalu kecil. Oleh itu, kita perlu memasang sungkupan untuk menjaga biji-biji benih tersebut.


Setakat ini sahaja coretan buat kali ini. kami akan menyambung lagi penulisan kami dengan perkembangan batas kami dan pelajaran pembiakan pada minggu hadapan. Jangan lupa lewati blog kami pada setiap minggu untuk mengetahui info-info tentang pembiakan dan pengurusan tanaman. Semoga berjumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About