MINGGU 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini, kami ingin menerangkan kepada anda tentang proses-proses yang berlaku kepada tumbuhan.
Proses apa yang berlaku pada tumbuhan? Kalau adik-adik ingin tahu, jom baca entri ini sehingga habis.
Pertama sekali adik-adik perlu tahu bahawa setiap manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk terus hidup begitu juga dengan tumbuhan. Adik-adik perlu tahu bahawa tumbuhan juga memerlukan makanan untuk terus hidup tetapi tahukah adik-adik bagaimana tumbuhan mencari makanan untuk terus hidup?
kalau adik-adik ingin tahu, tumbuhan membuat makanannya sendiri dengan mengambil zat-zat tertentu yang dinamakan proses atau kaedah fotosintesis berbeza dengan manusia dan haiwan yang perlu berburu (haiwan) dan bertanam untuk mendapatkan makanan.
Apa itu FOTOSINTESIS?
Proses tindakbalas biokimia bagi pembuatan makanan oleh molekul molekul klorofil dengan bantuan cahaya matahari dan kehadiran sumber karbon.
Berikut merupakan persamaan kimia dalam proses fotosintesis
Secara ringkasnya, proses fotosintesis ialah proses penghasilan makanan dalam bentuk glukosa dan oksigen menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Pembentukan makanan oleh tumbuhan juga boleh berlaku dengan kehadiran cahaya matahari atau tidak. Ianya disebut reaksi terang dan reaksi gelap.
Bagaimana proses FOTOSINTESIS berlaku?
- Karbon dioksida (CO2) diambil oleh tumbuhan dari udara bebas melalui stomata (mulut daun).
- Air, diambil dari dalam tanah oleh akar dan diangkut ke daun melalui pembuluh kayu (xilem).
- Klorofil akan memerangkap cahaya matahari dan pada masa yang sama kandungan karbon dioksida akan masuk ke dalam daun tersebut melalui stomata.
Kepentingan FOTOSINTESIS kepada tumbuhan:
- Membekalkan makanan kepada semua organisma
- Terlibat secara langsung dalam kitaran karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
- Proses fotosintesis menghasilkan makanan kepada semua organisma dimana produk akhir proses ini adalah glukosa. Glukosa ini berperanan sebagai sumber tenaga utama bagi tumbuhan
Berikut merupakan video proses fotosintesis untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Okay, seterusnya kita teruskan proses kedua yang berlaku pada tumbuhan iaitu proses respirasi.
Apa itu proses RESPIRASI tumbuhan ?
Proses respirasi tumbuhan adalah proses penguraian yang berlaku pada bahan makanan untuk menghasilkan tenaga.
Dimanakan terjadinya RESPIRASI ?
Respirasi biasanya terjadi di liang stomata atau mulut daun. Melalui stomata, tumbuhan akan menyerap oksigen
Tujuan proses RESPIRASI kepada tumbuhan ialah ?
Tujuan proses respirasi adalah penting untuk tumbuhan mendapatkan tenaganya dalam menghasilkan proses fisiologi yang lain.
Berikut merupakan video respirasi untuk keterangan yang lebih jelas.
Jom kita tengok proses yang terakhir untuk perbincangan hari ini. Proses yang terakhir ialah proses transpirasi. Jom kita tengok apa itu transpirasi.
Apa itu TRANSPIRASI ?
Transpirasi ialah proses dimana tumbuhan itu kehilangan air dalam bentuk wap air melalui liang-liang stomata.
Apa itu STOMATA ?
Stomata ialah permukaan kecil yang terdapat pada permukaan yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Ia berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa proses fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa proses transpirasi.
Proses transpirasi ini sangat aktif pada waktu ada cahaya matahari dimana daun akan kelihatan daun seakan layu dimana berlaku banyak transpirasi keluar masuk gas,air dan nutrient. Kemasukan CO2 dan penghasilan oksigen kedalam udara menjadikan bekalan oksigen di kawasan banyak tumbuhan berlaku.
Kepentingan proses TRANSPIRASI
- Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air
- Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun.
- Memastikan kesegahan (tidak layu) sel sebagai sokongan kepada tumbuhan.
- Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan
Selain itu, transpirasi memberi manfaat iaitu membantu penyerapan mineral dari tanah dan menghilangkan panas pada permukaan daun.
Menurut Tibbits ( 1979 ). Tumbuhan yang ditanam dalam rumah kaca yang mempunyai kelembaban tinggi dan udara yang kaya CO2 (membuat stomata cenderung tertutup) dapat menampakan kekurangan kalsium pada bahagian tertentu. Sebaliknya transpirasi yang terlalu cepat dapat menyebabkan meningkatnya beberapa unsur tertentu.
Berikut merupakan video yang menjelaskan tentang proses transpirasi secara lanjut.
okay, itu sahaja daripada kami. Semoga adik-adik mendapat manfaat daripada perkongsian kami pada minggu ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bye.


0 comments:
Post a Comment