MINGGU 11
Pada minggu ini, kami diajar mengenai
Pembiakan Aseksual menggunakan bahagian khas tumbuhan. Dalam pembiakan tampang, bahagian tumbuhan yang menjadi
berkembar dan tumbuh menjadi tumbuhan baru biasanya berhampiran ibu bapa
asal. Marilah kita sama-sama mengenal pasti bahagian tumbuhan yang
manakah dapat kita gunakan untuk pembiakan aseksual serta cara-caranya.
- Batang Rayap (Stolon):
Batang rayap atau stolon adalah salah satu
daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang
yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia mempunyai buku
dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang
membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya
batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini
terasing daripada induknya.
Contoh: Strawberi dan pegaga
2. Umbisi (Corms):
Umbisi atau corms terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya.
Contoh: Sengkuang cina dan keladi
3. Bebawang:
Kaedah bebawang sama seperti umbisi. Cuma
perbezaan hanya terletak pada tempat penyimpanan makanan. Bebawang menyimpan
makanan di sebalik kulitnya manakala umbisi menyimpan makanan pada batangnya.
4. Rizom:
Contoh: halia dan teratai.
5. Ubisi:
Ubisi ialah batang bawah tanah atau akar
dengan hujung yang bengkak. Bahagian yang bengkak itu mengandungi makanan
simpanan. Pokok-pokok baru akan tumbuh di sekitar mata tunasnya.
Contoh: ubi kayu
Contoh: ubi kayu
PEMBIAKAN MENGUNAKAN PEMBAHAGIAN RUMPUN
- Ambil tanaman yang mempunyai rumpun seperti serai
- Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun
- Tanam rumpun yang telah di pecahkan ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun
Info tambahan:
1. Pastikan bahagian pokok yang dipotong (untuk ditanam) berserta tunas (jika ada)
2. Pemilihan jenis pasu:
a. pasu tanah liat
- pastikan direndam di dalam air sekurang-kurangnya 2 jam untuk kelembapan.
- pasu yang telah divanishkan kurang ruang udara.
b. beg plastik
- berwarna gelap mudah menyerap haba tetapi tahan lebih lama
- berwarna cerah menolak haba tetapi kurang ketahanannya


















