Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, March 28, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 3

Cerita minggu ke 3 di ladang UTM. Seperti kebiasaanya, sebelum memulakan aktiviti, kami diberi sedikit taklimat oleh Puan Salina tentang aktiviti hari ini. Aktiviti hari ini ialah menyiapkan batas dan menyembur racun pada batas. Ini dianggap penggemburan terakhir sebelum bermulanya proses semaian biji benih. Penggemburan yang sempurna amat penting bagi melancarkan pergerakan akar dan menghasikan pokok yang baik. Kedalaman penggemburan tanah perlu dicapai sekurang-kurangnya 6 inci (setengah kaki) atau lagi baik ialah mencapai 12 inci.



mengukur kedalaman tanah


Setelah selesai aktiviti penggemburan, kami diajar cara penggunaan dan kesan racun yang bernama ‘malathion’. Racun tersebut hendaklah dibancuh dan disembur disepanjang batas. Ia bertujuan untuk menghalau sebarang jenis serangga terutama semut yang memakan biji benih. Racun tersebut seeloknya dipastikan rata mengenai batas masing-masing.





Dua hari kemudian, kami kembali ke ladang untuk proses semaian biji benih. Proses meracun dan semaian tidak boleh dilakukan pada hari yang sama kerana racun merupakan bahan yang panas dan boleh merosakkan biji benih.

Sebelum memulakan proses menanam biji benih, permukaan tanah seeloknya diratakan. Kedalaman biji benih ialah 4 kali ganda daripada saiz biji benih agar ia mudah keluar. Biji benih juga tidak boleh terlalu rapat antara satu sama lain untuk mengelakkan ia menjadi ‘unproductive’ disebabkan oleh persaingan, tetapi juga ia tidak boleh terlalu jauh bagi mengelakkan tumbuhnya rumpai.




Cara menyamai biji benih yang kecil ialah 1:10. 1 bekas biji benih bersamaan 10 bekas pasir. Biji benih dibancuh menggunakan pasir bagi menjarakkan antara satu sama lain.

Sehari selepas proses semaian, kami kembali ke ladang untuk memasang sungkupan pada batas masing-masing. Fungsi sungkupan ialah bagi melindungi biji benih daripada serangga perosak dan air laju. Untuk membuat sungkupan itu boleh menggunakan net, pelepah, kokopit ataupun semua jenis alat yang ringan dan berlubang. Contohnya bila hujan, jaring akan menghalang air untuk jatuh terus ke atas biji benih lalu mengubah kedudukan biji benih mengikut arus.  

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About