Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, March 28, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang kepada yang baru mengikuti perkembangan blog kami.

Pada hari ini, kami ingin berkongsi hasil tanaman (bayam merah dan pak choi) kami selama tiga minggu disemai.

Jom kita tengok.





Okay, kita teruskan dengan perkongsian pada minggu ini. Apa topik menarik yang akan kami kupas pada hari ni ye. Jom kita mulakan.

Pada minggu ini, setelah membuat kerja pembersihan (merumpai) batas kami, kami diminta untuk mengalihkan tanaman yang kami pindahkan ke dalam beg politena di tempat yang sesuai dimana adanya cahaya matahari.

Mengapa cahaya matahari/cahaya penting kepada tumbuhan atau tanaman?

Kalau adik-adik ingin tahu, cahaya matahari mengandungi photon-photon yang boleh memberi tenaga kepada tumbuhan atau tanaman. Tanpa tenaga, tumbuhan atau tanaman akan mati. Cahaya juga penting untuk tanaman atau tumbuhan melakukan proses fotosintesis

Apa itu proses fotosintesis?

Merupakan satu proses mensintesiskan sebatian organic daripada air dan karbon dioksida dengan cahaya yang diserap oleh klorofil


6H2O + 6CO2          à        C6H12O6 + 6O2
Air + Karbon Dioksida  à Glukosa + oksigen


Seterusnya, perkara yang paling penting yang adik-adik perlu tahu ialah proses penjarangan.

Apa itu proses penjarangan?

Penjarangan adalah kaedah untuk mengurangkan jumlah tanaman atau tumbuhan bertujuan untuk mengurangkan persaingan.


Satu proses pembuangan pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.


Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam.





Selain itu, kami juga belajar cara-cara untuk menyediakan penyediaan awal tanaman yang berkonsepkan hidroponik

Apakah langkah awal dalam penyediaan hidroponik?

Menyediakan bahan dan alatan yang diperlukan dalam hidroponik


  • Raga tanaman
  • Medium semaian (kapas, span)
  • Penutup takung

Cara-cara menyediakan hiroponik

  1. Masukkan span atau kapas dalam raga tanaman
  2. Tutup takung menggunakan penutup takung
  3. Letakkan raga tanaman yang mengandungi anak pokok atau biji benih pada lubang penutup takung




HIDROPONIK TAKUNG


Dah siap.......
                                            Foto Animasi Emoticon Dp Bbm Terbaru DPUpdate


Okay seterusnya kita belajar bagaiamana untuk menanam sayuran dengan teknik fertigasi

Apa itu fertigasi?

Kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah. Pokok ditanam di dalam bekas atau politena sesuai yang mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi ialah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro.

Tujuan utama fertigasi

Tujuan fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Kaedah fertigasi yang kita belajar hari ini adalah kaedah titis mikro

Bagaimana kaedah titis mikro berfungsi?

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari mengikut masa yang telah ditetapkan. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.






0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About