Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Sunday, May 20, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 14

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada hari ini kami ingin berkongsi cara-cara untuk membuat baja organik dengan menggunakan bahan-bahan yang senang untuk diperolehi iaitu dengan menggunakan bahan-bahan mentah di rumah.

Terlebih dahulu jom kita tengok serba sedikit penerangan tentang baja organik atau baja fertilizer.

Baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral. 

Namun secara umum pengeluaran baja organik yang terbesar antara bahan-bahan ini ialah daripada bahan mineral seperti limestone,phosphate rock dan ammonia (dalam pengeluaran industri). 




Sumber Baja Organik



1. Sumber haiwan

Sumber tinja binatang seperti ayam, lembu, kuda, arnab dan guano (tahi kelawar). Selain itu juga bahan-bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya diproses menjadi baja organik seperti darah dan tulang kambing, lembu dan ikan. Misalnya, bloodmeal, bone meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber penghasilan baja organik.

2. Sumber tumbuhan

Bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja organik seperti kompos, baja alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut. 


KEBAIKAN BAJA ORGANIK KEPADA BATAS DAN TANAMAN

1. Membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman.

2. Kelembapan tanah dan melambatkan kekeringan pada tanah.

3. Sumber nutrient yang tinggi kepada tanaman.

4. Memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada tanah.

5. Penambahan mikroorganisma yang baik dalam batas membolehkan ia menguraikan komponen baja organik seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman.

6. Struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran kompos.

7. Mesra alam tanpa pencemaran.


Untuk menjimatkan kos, kita boleh membuat sendiri baja organik daripada bahan yang senang diperolehi di rumah. 

Jom kita belajar cara-cara untuk menghasilkan baja organik. Baja organik yang akan dihasilkan kali ini ialah dengan menggunakan tiga kaedah iaitu :


👀 FERMENTED FRUIT JUICE (FFJ)
👀 FISH AMINO ACID (FAA)
👀 CALCIUM PHOSPHATE (CAP)
👀 FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)



FERMENTED FRUIT JUICE (FJJ)

Menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama dalam menghasilkan baja organik.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Buah-buahan yang masak dan manis (ciku, mangga, pisang)
  • Gula merah
  • Kertas putih
  • Gelang getah
  • Bekas plastik
  • Pisau
  • Papan pemotong
  • Mangkuk

Cara-cara menghasilkan baja (FJJ)

  1. Sediakan bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan
  2. Potong buah-buahan kepada bahagian yang kecil
  3. Gaulkan buah-buahan dengan gula merah dengan kadar 1:1
  4. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan menggunakan gelang getah 
  5. Tutup dengan penutup dan simpan di tempat redup selam 5-7 hari
  6. Tapis dan simpan dalam bekas


Image result for gambar baja calcium phosphate




FISH AMINO ACID

Menggunakan sisa-sisa ikan sebagai bahan utama dalam penghasilan baja organik


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • ikan
  • gula merah
  • kertas putih
  • gelang getah
  • bekas plastik
  • pisau
  • papan pemotong
  • mangkuk

Cara-cara menghasilkan baja (FAA)

  1. Sediakan bahan dan peralatan yang digunakan
  2. Potong ikan kepada saiz yang kecil
  3. Gaulkan ikan bersama gula merah dengan kadar 1:1
  4. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
  5. Tutup dengan penutup botol dan simpan selama 1 bulan
  6. Tapis dan simpan campuran baja di dalam bekas dan tutup (jangan terlalu ketat)


Image result for gambar baja ffj

Baja acid amino dan fermented plant juice


CALCIUM PHOSPHATE


Menggunakan kulit telur sebagai bahan utama dalam penghasilan baja calcium phosohate


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kulit telur
  • Cuka beras
  • Kertas putih
  • Gelang getah
  • Bekas plastik


Cara-cara menghasilkan CaP



  1. Bakar kulit telur dan hancurkan
  2. Campurkan kulit telur dengan cuka beras pada kadar 1:10
  3. Tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah
  4. Tutup dengan penutup botol dan simpan di tempat redup selama 30 hari
  5. Tapis dan simpan campuran baja di dalam bekas dan tutup



FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)

Menggunakan sayur-sayuran dalam penghasilan baja FPJ


Bahan-bahan yang diperlukan :


  • Sayur hijau
  • Gula merah
  • Kertas putih
  • Gelang getah
  • Bekas plastik
  • Pisau
  • Papan pemotong
  • Mangkuk

Cara-cara menghasilkan baja FPJ


  1. Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan
  2. Potong sisa tanaman bersaiz 5-10cm
  3. Timbang dan masukkan ke dalam bekas
  4. Gaulkan sayur hijau bersama dengan gula merah pada kadar 1:1
  5. Masukkan ke dalam bekas dan tutup menggunakan kertas putih
  6. Seterusnya ikat menggunakan gelang getah
  7. Tutup menggunakan penutup dan simpan di tempat yang redup selama 5-7 hari
  8. Tapis dan simpan di dalam bekas


Image result for gambar baja fermented plant juice




Rajah dibawah merupakan gambar baja-baja organik 👇


Image result for gambar baja fermented plant juice




Sampai di sini sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat ✋


Assalamualaikum.









Sunday, May 13, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 13

Hai teman-teman

Bertemu kita di antara minggu-minggu terakhir sesi pembelajaran kami bagi semester ini.

Kali ini kami berlapang dada untuk berkongsi ilmu tentang apa yang kami pelajari pada minggu ini pula iaitu cara-cara untuk membuat racun organik. Kebanyakan racun organik diluluskan penggunaannya dalam amalan pertanian organik. Ini kerana ia dihasilkan secara mesra alam dengan proses pengeluaran yang lestari. Selain dari kurang keasidan, racun organik juga mampu menjimatkan kos kerana ia boleh dibuat sendiri mengikut resepi-resepi seperti:

Bahan A (kisar):
  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air  – 300 mL (satu cawan biasa)
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
  1. Penapis
  2. Penyembur – 1.5 L
Cara:
  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  2. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
  3. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  4. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  5. Goncang sehingga semua bahan sebati
  6. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  7. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.






Setelah selesai sesi pembelajaran membuat racun organik, kelas diteruskan lagi dengan pembelajaran membuat sistem sokongan pada tanaman fertigasi pula. Sistem sokongan pokok cili adalah perkara paling penting yang perlu disediakan. Ini kerana dari segi morfologinya kita sudah tahu pokok cili memerlukan sokongan untuk menampung bebanan berat buahnya. Tanpa sokongan, kesan yang paling buruk adalah ranting dan dahan pokok akan patah. Terutama sekali pada peringkat cili sedang galak menghasilkan buah.

Terdapat pelbagai jenis sistem sokongan yang boleh kita gunakan. Di ladang kami, kami memilih sistem sokongan tali tepi kerana ia lebih sesuai apabila melihatkan pokok-pokok yang disusun mengikut barisan. Tali rafia ini dijadikan sebagai penghadang supaya mengelakkan pokok daripada tumbang ke tepi. Beberapa utas tali rafia akan diikat dari satu hujung tiang sokongan ke satu hujung yang lain.




Sekian sahaja perkongsian kami pada minggu ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa lewati blog kami pada minggu hadapan pula.


Sunday, May 06, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bersua kembali pada entri kali ini. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sentiasa menunggu info dan juga maklumat-maklumat daripada blog kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang telah kami jalankan di ladang dan juga untuk mempelajari serba sedikit tentang tanaman hasil daripada pembelajaran kami semasa mengambil subjek ini.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda mengenai cara-cara membuat aktiviti pembiakan tanaman dengan menggunakan kaedah TUT.



🍂 Apa itu TUT ?🍂

Kaedah TUT merupakan satu teknik pembiakan tanaman di mana ia dilakukan dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yang masih mendapat makanan dan air daripada pokok induk.

Jom kita tengok apa pula kelebihan dan kekurangan teknik pembiakan menggunakan kaedah TUT.



🍂 Kelebihan Pembiakan Kaedah Tut 🍂

  • ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya        
  • tanaman baru lebih cepat matang


🍂 Kekurangan Pembiakan Kaedah Tut 🍂

  • tidak boleh dibiakkan dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk
  • memerlukan kemahiran membuat TUT
  • tanaman mudah tumbang kerana ketiadaan akar tunjang


🍂 Medium Pembiakan Tanaman secara Tut 🍂


  1. Nisbah medium untuk pembiakan tanaman secara tut ialah 1:1 (Tanah Loam : Bahan Organik)
  2. Medium digaul dengan rata dan dicampur sedikit air supaya mudah untuk dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada ranting atau dahan pokok yang hendak di tut.


🍂 Langkah-langkah Membuat Tut 🍂

  1. Pilih dahan pokok yang sihat dengan ukuran diameter sebesar 1 cm atau lebih kurang 1 cm 
  2. Buat kelaran pada keliling dahan
  3. Buang kulit diantara kelaran pada tahan tersebut
  4. Kikis lapisan kabium bagi mengelakkan kulit dahan tersebut bercantum kembali
  5. Sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran
  6. Bentukkan medium menjadi bebola 
  7. Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan pada bahagian kelaran 
  8. Kejapkan medium pada dahan
  9. Balutkan medium dengan menggunakan plastik lutsinar
  10. Ikat kedua-dua bahagian plastik lutsinar tersebut


Related image


🍂 Penjagaan dan Pengubahan Anak Pokok 🍂

  • Tut mula berakar setealh beberapa minggu bergantung kepada jenis tanaman 
  • Tut yang berjaya perlu diubah ke beg politena
  • Potong bahagian bawah tut untuk mengasingkan daripada pokok induk
  • Buang plastik lutsinar sebelum ditanam supaya akar dapat berkembang


Okay, kita beralih pula ke segmen seterusnya. Segmen ini membincangkan tentang haiwan perosak yang merosakkan tanaman kita. 

Antara makhluk perosak yang merosakkan tanaman di ladang ialah :


Siput 🐌

Image result for siput babi
Siput Babi



⮞Siput merupakan haiwan herbivor iaitu haiwan yang makan tumbuhan iaitu pada bahagian daun,  pucuk buah dan sebagainya.

⮞Sifatnya yang kuat makan tumbuhan menjadikan siput sebagai kategori haiwan perosak tumbuhan dalam sektor pertanian


Ulat Beluncas


Image result for ulat beluncas
Ulat Beluncas


⮞Larva ini akan memakan tumbuhan pada bahagian batang pokok, akar dan daun tumbuhan muda. Ulat ini turut menyerang tumbuhan dari bahagian bawah tanah dan boleh menyebabkan pokok menjadi layu dan mati.

Cara mengatasi :

1. Kimia: Cypermetrin

Lalat Buah
Lalat Buah Serang Cilibangi
Lalat Buah

Serangga ini tergolong dalam kumpulan serangga polifag atau mempunyai banyak parasit.
⮞Lalat ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu hanya menyerang di bahagian buah sahaja. Serangan tersebut dibuat oleh lalat buah betina yang menyuntik telurnya ke dalam buah yang diserang.
Telur yang disuntik tadi akan menetas dan memakan isi buah yang diserang.
⮞Buah cili yang telah dimakan akan mengeluarkan bintik bewarna hitam di pangkal buah dan lama kelamaan akan busuk dan berair. Akhirnya cili tersebut gugur.
⮞Pada waktu siang, larva tersebut boleh dilihat pada daun dan bunga pokok cili.
⮞Larva lalat buah boleh melentingkan badannya sehingga mampu melompat kemana-mana. Larva ini akan keluar daripada buah dan membuat sarang di dalam tanah.
Cara mengatasi : 
1. Perangkap: Methyl Euganol (Tidak disarankan kerana mengundang lebih banyak lalat buah)
2. Organik: Repellente 2

Afid
Image result for lady bug
Lady Bird
⮞Merupakan sejenis serangga yang dikenali sebagai kutu pokok dan merupakan serangga perosak yang memberi kesan negatif ke atas pokok.
⮞Kebiasaannya, afid akan menyerang daun, bunga dan pucuk. Antara kesan negatif yang dialami pada pokok ialah pertumbuhan pokok terbantut dan daun berkerinting.
Cara Mengatasi : 
  1. Semburan kawalan serangga samada organik mahupun kimia yang berjadual sangat penting bagi menghindar serangan serangga afid ini.
  2. Selain itu, kawalan biologi seperti kumbang kura-kura (lady bird) juga boleh mengawal populasi afid ini daripada berkembang.


Okay itu sahaja topik yang kita bincangkan pada minggu ini. Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami untuk terus menyediakan entri untuk tatapan semua. Semoga bertemu lagi pada entri yang akan datang.

Assalamualaikum 😍
 

Blogger news

Blogroll

About