Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Sunday, May 13, 2018

Titik Peluh Peladang

MINGGU 13

Hai teman-teman

Bertemu kita di antara minggu-minggu terakhir sesi pembelajaran kami bagi semester ini.

Kali ini kami berlapang dada untuk berkongsi ilmu tentang apa yang kami pelajari pada minggu ini pula iaitu cara-cara untuk membuat racun organik. Kebanyakan racun organik diluluskan penggunaannya dalam amalan pertanian organik. Ini kerana ia dihasilkan secara mesra alam dengan proses pengeluaran yang lestari. Selain dari kurang keasidan, racun organik juga mampu menjimatkan kos kerana ia boleh dibuat sendiri mengikut resepi-resepi seperti:

Bahan A (kisar):
  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air  – 300 mL (satu cawan biasa)
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
  1. Penapis
  2. Penyembur – 1.5 L
Cara:
  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  2. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
  3. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  4. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  5. Goncang sehingga semua bahan sebati
  6. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  7. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.






Setelah selesai sesi pembelajaran membuat racun organik, kelas diteruskan lagi dengan pembelajaran membuat sistem sokongan pada tanaman fertigasi pula. Sistem sokongan pokok cili adalah perkara paling penting yang perlu disediakan. Ini kerana dari segi morfologinya kita sudah tahu pokok cili memerlukan sokongan untuk menampung bebanan berat buahnya. Tanpa sokongan, kesan yang paling buruk adalah ranting dan dahan pokok akan patah. Terutama sekali pada peringkat cili sedang galak menghasilkan buah.

Terdapat pelbagai jenis sistem sokongan yang boleh kita gunakan. Di ladang kami, kami memilih sistem sokongan tali tepi kerana ia lebih sesuai apabila melihatkan pokok-pokok yang disusun mengikut barisan. Tali rafia ini dijadikan sebagai penghadang supaya mengelakkan pokok daripada tumbang ke tepi. Beberapa utas tali rafia akan diikat dari satu hujung tiang sokongan ke satu hujung yang lain.




Sekian sahaja perkongsian kami pada minggu ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa lewati blog kami pada minggu hadapan pula.


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About