Falling Rose Petals

Featured

Featured

Pages

Wednesday, March 28, 2018

Titik Peluh Peladang


MINGGU 5

Hai assalamualaikum.
Kesinambungan akan kisah bakal-bakal guru Kemahiran Hidup mempelajari subjek Pembiakan dan Pengurusan Tanaman. Pada kelas minggu ke 5, kami semua diarahkan untuk menyelesaikan 3 aktitviti sepanjang 3 jam kelas tersebut berlangsung. Aktiviti pertama ialah proses merumpai di batas masing-masing. Sebenarnya sudah menjadi rutin kami untuk merumpai sekiranya ke ladang. Ia bagi mengelakkan timbulnya persaingan nutrient antara anak pokok dan rumput-rumput di sekelilingnya.

Setelah itu, kami diajar tentang sistem tanaman hidroponik. Sesuai dengan namanya, hidroponik adalah cara bertanam menggunakan medium air sehingga tidak memerlukan tanah atau kawasan yang luas. Air tersebut seeloknya diperkaya dengan nutrisi daripada baja. Sistem tanaman hidroponik lebih sesuai untuk tanaman berdaun, bukannya berbuah. Laju pertumbuhannya boleh mencapai 50% lebih cepat disbanding tanaman yang ditanam di atas tanah.

Aktiviti kedua ialah kami diberi tugasan untuk menyediakan bahan-bahan bagi tanaman sistem hidroponik. Ternyata sistem tanaman ini agak mudah. Kita hanya perlu menyediakan beberapa bahan ringkas seperti:

          i.            Cawan plastik (ditebuk beberapa lubang kecil padanya)
        ii.            Span (untuk dimasukkan ke dalam lubang-lubang di cawan tersebut)




Dan aktiviti terakhir ialah aktiviti menebuk lubang pada paip PVC untuk diletakkan cawan-cawan tersebut. Paip tersebut ditebuk menggunakan ‘hammer drill machine’. Penggunaan yang betul amat dititikberatkan ketika menggunakan sebarang mesin.



P/s: Kedudukan tangan dan tekanan yang diberi memainkan peranan penting.

Note:
1.       Tanaman memerlukan 3 keperluan utama untuk terus hidup
                                 i.            Air
                               ii.            Cahaya
                             iii.            Udara

2.       Akuaponik merupakan salah satu daripada sistem hidroponik. Perbezaannya cuma terletak pada baja yang terdapat di dalam air tersebut. Sistem hidroponik menggunakan baja chemical manakala sistem akuaponik menggunakan tinja atau najis ikan sebagai baja (letak ikan di dalam air tersebut). Najis ikan mengandungi ammonia yang boleh membekalkan nutrient kepada pokok.


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About