MINGGU 4
Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Selamat datang ke laman blog
kami. Pada minggu ini, kami ingin berkongsi sedikit pengalaman dan juga ilmu
yang kami perolehi daripada sesi pengajaran pada kali ini. Oleh kerana anda
telah mempelajari cara-cara menyemai biji benih pada entri kami pada minggu
yang lalu, kami juga ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk menguruskan
tanaman selepas kita selesai menyemai.
Sudah pasti anda tidak sabar
untuk mengetahuinya bukan?
Pada entri yang lalu, kami telah
menjelaskan bagaimana pengalaman kami ketika menyemai biji benih serta
cara-cara untuk menyemai biji benih. Alhamdulillah
selepas seminggu kami membuka sungkupan, anak pokok bayam merah dan pak choi
(kobis cina) sudah mula kelihatan.
Apa itu sungkupan?
Sungkupan diapalikasikan dengan
meletakkan sesuatu benda (jaring, pelepah, daun kering) di atas permukaan batas
secara menyeluruh.
Tujuan sungkupan ialah:
-Untuk mengawal pertumbuhan
rumpai
-Mengurangkan hakisan tanah
-Mengelakkan biji benih dihanyutkan
oleh air hujan
-Memelihara kelembapan tanah
Sedikit revision telah kami
kongsikan daripada entri minggu ketiga supaya anda tidak lupa pengajaran kita
sebelum ini dan dapat hubungkaitkan pengajaran minggu ketiga dan keempat dengan
baik.
Jom kita tengok pengajaran minggu
kali ini.
Bagaimana untuk menguruskan
tanaman selepas membuang sungkupan?
- Merumpai
(Membuang rumpai)
Rumpai adalah
tumbuhan yang tidak diperlukan kerana ia akan bersaing dengan tanaman
untuk
mendapatkan cahaya matahari serta nutrien-nutrien yang lain.
Bagaimana
kaedah untuk merumpai?
Kaedah mekanikal adalah melibatkan penggunaan tenaga
manusia dan alatan yang bersesuaian untuk mencangkul, mencabut rumpai, menebas
dan sebagainya.
Alatan yang digunakan adalah: cangkul, weeder, sudip
tangan
*Kami menggunakan kaedah mekanikal kerana kami hanya
menggunakan kawasan yang kecil untuk bercucuk tanam
Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah dapat menjimatkan
kos kerana menggunakan tenaga manusia dan alatan yang sedia ada.
Jika anda berhajat
untuk membuka ladang yang luas untuk mengkomersilkan tanaman anda. Anda boleh menggunakan
keadeh seperti di bawah untuk menguruskan tanaman anda:
- Kaedah biologi adalah melibatkan penggunaan organisma seperti parasit, kulat dan juga bakteria.
- Kaedah biologi juga melibatkan haiwan seperti kambing, lembu dan biri-biri dengan cara melepaskan haiwan tersebut di kawasan terbuka yang dipenuhi rumpai yang ingin dimusnahkan.
- Kaedah ini menjimatkan kos, menjimatkan tenaga serta menjimatkan masa
- Kelemahan kaedah ini ialah kaedah ini mungkin dapat memusnahkan tanaman disebabkan oleh haiwan-haiwan tersebut.
2.
Kaedah meracun rumpai
·
Kaedah meracun rumpai terdiri daripada
penggunaan bahan kimia.
·
Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan juga menjimatkan
kos
Bagimana kaedah meracun?
Sebelum meracun
a)
Pastikan anda membaca label
b)
Pastikan mengambil racun mengikut kuantiti yang
di cadangkan
c)
Pastikan alatan penyembur tidak bocor
Semasa meracun
a)Pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian
(sarung tangan, topeng muka, baju berlengan panjang)
b)Pastikan anda meracun kawasan yang
mempunyai rumpai dan tidak terkenakepada tanaman yang ditanam supaya tanaman anda tidak melecur
Selepas merumpai, kita pelulah
menyiram tanaman supaya tanah sentiasa lembap lalu memudahkan akar untuk
mendapatkan air bagi tujuan pembesaran pokok.
Penyiraman haruslah dilakukan setiap hari pada
sebelah pagi dan petang.
Mengapa proses
penyiraman perlu pada sebelah pagi dan petang?
· Proses penyiraman tidak dilakukan pada waktu
tengah hari adalah kerana tumbuhan akan rosak jika terkena air yang panas
disebabkan oleh pancaran matahari. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk proses
penyiraman adalah waktu pagi dan petang kerana matahari belum muncul ketika
itu.
Selain itu, kami juga ingin
kongsikan kepada anda bagaimana untuk memindahkan tanaman daripada bekas
semaian ke dalam beg politena hitam atau putih.
Apakah kegunaan beg politena?
- Beg politena adalah untuk pemindahan anak pokok dari bekas semaian atau bekas menanam sementara.
- Beg politena terdiri daripada pelbagai saiz dan juga ketebalan
Antara kebaikan beg politena
adalah:
Antara keburukan beg politena:
Mengapakah tanaman perlu
dipindahkan?
Tanaman haruslah dipindahkan
kerana ia perlu mendapatkan ruang yang lebih besar. Hal ini kerana, tanaman
juga semakin membesar. Jika kita tidak memindahkan tanaman tersebut, akar tidak
dapat untuk berkembang dan seterusnya akan membantutkan pertumbuhan anak pokok.
Proses pemindahan anak pokok
- Sediakan beg politena yang secukupnya
- Masukkan cocopeat/medium ke dalam beg politena
- Ambil anak pokok dari bekas semaian tanpa memusnahkan akar
- Masukkan anak pokok ke dalam cocopeat/medium dengan baik
- Letakkan anak pokok yang telah dipindahkan di tempat yang sesuai
*Selepas tanaman membesar, tanaman
yang dipindahkan ke dalam beg politena mestilah dipindahkan semula ke dalam
bekas atau pasu yang lebih besar bergantung kepada jenis tanaman supaya tidak
membantutkan pertumbuhan tanaman tersebut.
Pada entri kali ini juga, kami
juga ini memberi perkongsian kepada anda tentang kaedah nutripot.
Apakah itu kaedah nutripot?
Kaedah nutripot adalah kaedah yang
diperkenalkan untuk menanam tanaman dengan mudah untuk mengatasi masalah
kekerapan penyiraman dan pembajaan dapat diselesaikan serentak.
Selain itu, kaedah ini juga
membantu kita untuk menyiram tanaman tanpa terlebih air siraman
Apakah bahan yang diperlukan
untuk menanam dengan kaedah nutripot?
- Botol minyak masak/air mineral yang besar
- Span
- Baja A dan baja B
- Cocopeat
- Air
- Pisau
- Spray putih dan hitam
- Biji benih
- Pasir sungai
- penutup botol
Bagaimana untuk menyediakan
tanaman dengan menggunakan kaedah nutripot?
- Potong botol minyak masak/air mineral besar kepada dua
- Spray bahagian bawah botol dengan warna putih manakala bahagian atas dengan warna hitam
- Buat lubang pada bahagian atas botol antara 3-4 lubang
- Buat lubang kecil (overflow) pada bahagian bawah botol untuk memastikan air baja tidak berlebihan.
- Masukkan span di setiap lubang di bahagian atas botol
- Masukkan cocopeat ke dalam botol bahagian atas (tempat semaian biji benih)
- Masukkan separuh air ke dalam botol bahagian bawah botol lalu masukkan baja A (tiga penutup kecil botol) dan kacau sehingga rata
- Masukkan pula baja B (tiga penutup kecil botol) dan kacau sehingga rata
- Gabungkan bahagian atas dan bawah botol
- Buat semaian menggunakan 1:10 dengan menggunakan penutup botol
- Masa untuk semaian biji benih
- Siap
*Botol perlu di spray supaya
tidak mengundang lumut pada botol tersebut.